An Nawawi 40 Hadith Recitation

PoweredbyyouPodcasting-An Nawawi 40 Hadith Recitation - Podcast autorstwa [email protected] (poweredbyyou.info)

An Nawawi 40 Hadith 2-40 - Recited by Sheikh Saad Al Ghamidi.mp3 - - HADIS 2. - Daripada Umar r.a. beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam pada suatu hari tiba2 muncul di hadapan kami seorang lelaki yg memakai pakaian yg sangat putih, berambut sangat hitam, yg tidak ternampak pada dirinya kesan2 tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yg mengenalinya. Lalu dia duduk menghampiri Nabi Sallallahu Alaihi Wa Sallam lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah Sallallahu Alaihi Wa Sallam bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yg bertanya dia pula yg membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda: Orang yg ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yg bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda2 nya. Baginda bersabda: Antara tandatandanya ialah apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang2 miskin yg berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yg hanya menjadi pengembala kambIng berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yg datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.( Muslim )

Visit the podcast's native language site